31 Dec 2011

slmt tinggal 2011 n slmt datang 2012


assalamualaikum.selama setahun macam2 pahit- manis suka- duka di lalui di dalam tahun 2011.tahun 2011 pun hampir menutup tirainya so tak nak cite lagi, perkara yg dah lepas. tutup buku.  apa yg nak dcite mestilah semua cite baru cerita yg akan datang. apa nak dbuat dan apa yg akan belaku. pada tahun 2012 akak b'azam akan menjadi insan yg lebih bertaqwa. baik kepada yg lebih baik. sebagai seorang isteri yg solehah,dapat  mengembirakan suami. sebagai seorang ibu pulak,agar dapat menjadi seorang ibu mithali insya Allah amin.berdoa' agar family kami hidup ddalam kegembiraan dengan cahaya keimanan. semua orang nak kehidupan sempurna bahgia ddunia juga d'akhirat. ya Allah selamatkanlah kami sekeluarga dari keburukkan kejahilan n kemurkaan Mu.

30 Dec 2011

tanda harga roti



assalamualaikum.tahukah korang berapa kerap korang makan roti?akak rasalh maybe setiap rumah  ada membelinya.makan roti tak kira masa pagi boleh,petang boleh,malam pun ok pe?macam kami roti mesti  sentiasa ada kat rumah. anak-anak akak suka sangat makan roti ,tak makan nasi pun tak pe. roti cicah air milo dia orang paling  suka, letak jem n kaya pun dia orang suka gak.roti gardenia best roti canai pun apa kurangnya semua jenis roti pendek kata semua best dan mengenyangkanlah.roti juga kalau korang kretif leh buat macam2 resepi. roti sandwich pebret akak. tengoklah banyaknya tanda harga roti yg kami kumpul ntah dr tahun bila. itu pun ada gak yg dah dbuang. huhuhu....  ntah apa2 entri  menyampah pulak, sebenarnya tak reti nak bercerita.hahaha......sori semua bloggers.

28 Dec 2011

abangku dr kampung



27hb 2011  selasa.abangku bsama familynya buat ptama kali datang jalan2 ke rumah. hati ku berasa amat happy skali.tapi apa yg kurang seronoknya kami tak dapat bawak mereka pergi jalan2. selama mereka berada dsini ku masak,  masakkan yg istimewa buat mereka btiga.korang nk tau,anaknya yg b'usia setahun ++ sangat aktif.btubuh kecil tapi nakal,biasalah nama pun budak2kan.kami bharap mereka sudi datang lagi jangan rasa serik ok.  .alamak mata pun dah mengatuk pulak so akak stop dululah ye.no idea chauu........... : )

24 Dec 2011

dsebut dlm sbuah hadis.dr Rasulullah SAW.bsabda.


sesungguhnya Allah mcipta Malaikat. sayapnya yg sblh mcapai bumi bahagian timur.yg sblh lg mcapai bumi bahagian barat.kepalanya dbawah Arasy dan kdua kakinya ddasar bumi ktujuh.ia mempunyai bulu sbanyak bilangan makhluk Allah.ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku mbaca selawat kepadaku,maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dlm lautan dr Nur dbwh Arasy.Malaikat yg menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibas sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yg memohon keampunan bagi orang tsebut sampai hari kiamat.
"keselamatan jasad tletak pada sedikitnya makan.keselamatan roh pada sedikitnya dosa.dan keselamatan agama tletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam'(Muhammad SAW)."
so marilah kita hayati dan renung-renungkn bsama2.wassalam.

18 Dec 2011

ingat-mengingati


assalamualaikum.petikkan dr page fb 'pakar diari hati' tq Ana R pkara yg baik nak share bsama2 harap tak marah ek. tq3 (baik punya cilok)


Tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt...
Tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar USTAZAH...
Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada...
Nak minta yg HENSEM, saya tak la CANTIK sgt, sekadar hamba sesempurna kejadian yang ALLAH ciptakan...
Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA...
Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA ku seadanya ...
Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid di bina...
Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi lautan dunia..

15 Dec 2011

doreyan



sawadikap,selamat malam .oh kome durian dah berbunga,  seperti sedia maklum durian djual merata-rata dtepi jalan dpasar malam dmana2 ajelah pasti ada,  itupun kalau ada musimnya. bergitu gak dengan akak adanya musim pasti beli sebab anak2 suka sangat makan durian. harga pun ada yg mahal dan ada yg murah atas kemampuan anda semualah,  yg mana pilihan anda.kalau durian  yg murah faham2 jelah  lu fikirlah sendiri.bila je akak beli durian apa yg seronoknya anak2,berebut2 memakannya. durian juga boleh di buat pengat , aiskrim bperisa durian dll lagilah. memang best......suka..suka..suka. sendawa bau durian,kentut bau durian,kencing pun bau durian merata2lah bau durian.ada sesiapa yg tak suka durian?mereka dgolongkan orang yg sangat rugi leh gitu?durian juga dkenali dengan panggilan  raja buah. pasti ramai yg suka akan buah durian.

14 Dec 2011

layan.....suka sangat


13 Dec 2011

hujan rahmat


selamat petang warga blogger .seperti yg kita semua maklum setiap tahun adalah musim tengkujuh. so nampaknya para ibu mesti pening kepala sebab kain baju tak kering. sekejap di jemur pakaian sekejap di angkat,mengeluh gak rasanya.lotih den.tapi hujan itu adalah rahmat kita harus terima. untuk kanak2 ke hadiran hujan sungguh mengembirakan mereka apa tidaknya mereka dapat mandi-manda horeey............zaman akak kecil2 dulu macam tu gak akak pun suka mandi hujan n berenang air banjir. kampung akak pun pernah banjir sehingga air dapat masuk dalam rumah.kampung halaman akak sebelah pantai timur. (terengganu)kalau nak di cerita panjang sangatkan nanti korang bukanya nak baca.so oklah berhenti di sini dahululah ye nak beri laluan untuk anak akak pulak. berkongsi laptop tata titi tutu..........mmuah3x.

9 Dec 2011

spagetti




assalamualaikum.........hari ini nk bcite kisah masak2 n makan2.ya spagetti.anak2 suka sangat makan spagetti.memang berbaloilah kalau akak mmasaknya.pendek kata licin hingga tak tinggal kesan.abahnya tak suka lak. sebenarnya mmbuatnya taklah cerewet mana pun senang sangat2.

kalau korang nak cuba memasaknya ini bahan2.
tomato tin,daging kisar,cendawan tin,ubi kentang n cozlh ada spagetti.
ptama panaskan sedikit marjerin campur sedikit minyak masak kemudian masukkn daging kisar tunggu daging masak.
kedua masukkn tomato tin n ubi kentang yg dpotong dadu.
ketiga setelah mendidih masukkn pula cendawan butang dlm tin.
keempat masukkn garam n sedikit lada hitam yg dtumbuk
ingat spagetti drebus dahulu bsama sedikit minyak kemudian dtoskan.
akhirnya leh dhidang. selamat mcuba.

5 Dec 2011

kepala botak



holla.....smlm bertarikh 4/12/11 ketiga2 hero ku telah mbotakkn kepala mereka.apa yg  nk di citekn dsini ialah anak akak yg paling kecil buat ptama kalinya mbotakkn kepala. mcm biasala seperti kbanyakkan budak2 lain gak kalau ptama kali pergi kedai gunting mesti mnanggis punya.bukan main b'ia dia mnanggis mcm sakit2 padahal cuma botakkn kepalanya je.tapi mula2 je lepas tu ok  tak mnanggis dah.lihatla gambarnya sebelum n selepas dbotakkn bbeza sangat2 wajahnya.nampak lain sangat tapi tetap comel.......

26 Nov 2011

terima kasih



assalamualaikum.tak ada apa yg akak nk cite,cuma nk bgtau terima kasih banyak2 kepada semua yg dh follow akak . sebenarnya malu gak sebab yg follow kebanyakkan pangkat anak2 (budak2 muda)tapi tak apa akak lagi suka sebab btambahlah kawan2.untuk pangkat anak2 panggil jer makcik izan k?akhir kata terima kasih...terima kasih....terima kasih.....wassalam.

suami oh suami


20/11 yg lepas genab sudah ulang tahun pkahwinan akak 17 tahun.syukur alahamdulillah ke hadrat ilahi hingga btahan ke tahad ini.apa yg akak nak cite di sini adalah selama 17 tahun jugalah suami akak tak pernah ingat tarikh keramat itu.bgitu juga dengan tarikh lahir akak.kadang2 trasa gak dengan perangainya yg tak pernah ambil tahu tarikh penting.tapi apakan daya akak terima dengan seadanya.untuk pengetahuan, sbenarnya suami akak seorang yg penyayang,baik hati dan btanggungjawab. sayang abang ganda 23 kali.abanglh racun abanglh penawar.terima kasih atas segala2nya.

24 Nov 2011

semua rezeki datangnya dari allah swt


Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.
Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.
Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.
Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.
Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.
Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.
Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.
Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din 

23 Nov 2011

perangai anak2


hai...hai...hai....hari ini akak nak cite tentang perangai anak2.ke empat2 anak2 akak sejak cuti sek. ni pening kepala dbuatnya,apa taknya  celik mata jer dah buat bising.bangun  tidur terus buka tv dengan tak mandi.senang2 order sarapan pagi.lapar...lapar...diaorang ingat akak orang gaji pe?tiba time makan tengahari masa untuk nak siapkan makan tengahari pulak,aduiya penatnya.sabar jelh dengan perangai anak2ku.baru kini ku tahu macam mana ibu dan ayah ku dahulu menjagaku.terima kasih emak terima kasih ayah.sayang kamu b'dua.

21 Nov 2011

balik kampung



setelah sekian lama tak balik kampung halaman baru kini ada kesempatan pulang.walaupun agak letih tapi sangat gembira.banyak dah berubah tak sama zaman kecilku dahulu.kadang2 mengimbau kembali kenangan2 dulu sebak rasanya.maklumlh kami sekeluarga bkn golongan orang yang senang.t'lalu sukar kehidupan seharian ibarat kais pagi mkn pagi kais petang mkn petang.namun b'gitu kami b'syukur.cuba bayangkan b'lanja pergi sekolah hanya 30sen je dengan berjalan kaki lagi.budak2 zaman sekarang amat b'untung banyak kemudahan yang ada,bak kata macam2 ada.fikir dan renungkan bersama k?wassalam.

17 Nov 2011

upsr n psra



4a 1b tahniah buat anakku alif hakimie.syukur alahamdulillah.walaupun bukan 5a ibu tetap bangga.begitu juga dengan result psra syabas n tahniah.ibu tahu inilah yang termampu abang alif lakukan.ini baru permulaan banyak lagi peluang yang abang alif akan tempuhi kelak.maafkan ibu,tak ada apa yang ibu boleh berikan cuma kata2 semangat n terus berusaha dengan lebih tekun lagi.nanti ibu belanja makan kat luar ek.ibu sayang abang alif.mmmmuah.....

14 Nov 2011

impianku


impian akak t'ingin sangat nak memiliki handbag b'jenama LV dan PRADA.namun akak tak mampu mahal sangat.so ada sesiapa yang sudi nak sponser d'alu2kan.hehehehe.......gelak mengharap.

13 Nov 2011

kenduri kahwin





nasi minyak + ayam masak merah + daging kurma +dalca +acar buah ini menu biasa majlis perkahwinan.hari ini akak makan free.alahamdulillah kenyang sangat2.nasib baiklah kali ini akak memakai baju tak ada persamaan dengan tetamu2 yang hadir.kenduri yang lepas2 akak pernah atau kebetulan memakai baju yang sama dengan tetamu2 lain.ya allah malunya so nak buat macam mana buat2 tak tahu jelah.akak cepat2 makan supaya cepat pulang so tak adalah orang yang perasan.hehehe.....

korang pernah tak mengalaminya? tak kiralah persamaan baju ke tudung ke apa2lh yang sewaktu dengannya.

11 Nov 2011

keluargaku

assalamualaikum semua.ini merupakan entri pertama akak.so kalau tak berapa menarik tertarik deboom harap maaflah ye.ini adalah permulaan kisah kehidupan akak.suami akak bernama jamil bin chik.rumah tangga akak sudah berusia  16 tahun.kami dikurniakan 5 cahaya mata.seorang puteri dan 4 orang putera. putri nasuha,alif hakimie,amir asmara,afiq akashah dan akmal helmi.alahamdulillah kami sekeluarga amat bahgia.