26 Nov 2011
terima kasih
assalamualaikum.tak ada apa yg akak nk cite,cuma nk bgtau terima kasih banyak2 kepada semua yg dh follow akak . sebenarnya malu gak sebab yg follow kebanyakkan pangkat anak2 (budak2 muda)tapi tak apa akak lagi suka sebab btambahlah kawan2.untuk pangkat anak2 panggil jer makcik izan k?akhir kata terima kasih...terima kasih....terima kasih.....wassalam.
suami oh suami
24 Nov 2011
semua rezeki datangnya dari allah swt
Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di tangan makhluk.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semuanya dikembalikan kepada Allah SWT.
Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan membuka rezeki seseorang.
Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.
Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.
Sememangnya ada orang mengadu kepada saya bahawa premis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.
Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai contoh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.
Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.
Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang dipercayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.
Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan perbuatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan keadaan sedemikian berlaku.
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din
23 Nov 2011
perangai anak2
hai...hai...hai....hari ini akak nak cite tentang perangai anak2.ke empat2 anak2 akak sejak cuti sek. ni pening kepala dbuatnya,apa taknya celik mata jer dah buat bising.bangun tidur terus buka tv dengan tak mandi.senang2 order sarapan pagi.lapar...lapar...diaorang ingat akak orang gaji pe?tiba time makan tengahari masa untuk nak siapkan makan tengahari pulak,aduiya penatnya.sabar jelh dengan perangai anak2ku.baru kini ku tahu macam mana ibu dan ayah ku dahulu menjagaku.terima kasih emak terima kasih ayah.sayang kamu b'dua.
21 Nov 2011
balik kampung
17 Nov 2011
upsr n psra
4a 1b tahniah buat anakku alif hakimie.syukur alahamdulillah.walaupun bukan 5a ibu tetap bangga.begitu juga dengan result psra syabas n tahniah.ibu tahu inilah yang termampu abang alif lakukan.ini baru permulaan banyak lagi peluang yang abang alif akan tempuhi kelak.maafkan ibu,tak ada apa yang ibu boleh berikan cuma kata2 semangat n terus berusaha dengan lebih tekun lagi.nanti ibu belanja makan kat luar ek.ibu sayang abang alif.mmmmuah.....
14 Nov 2011
13 Nov 2011
kenduri kahwin
nasi minyak + ayam masak merah + daging kurma +dalca +acar buah ini menu biasa majlis perkahwinan.hari ini akak makan free.alahamdulillah kenyang sangat2.nasib baiklah kali ini akak memakai baju tak ada persamaan dengan tetamu2 yang hadir.kenduri yang lepas2 akak pernah atau kebetulan memakai baju yang sama dengan tetamu2 lain.ya allah malunya so nak buat macam mana buat2 tak tahu jelah.akak cepat2 makan supaya cepat pulang so tak adalah orang yang perasan.hehehe.....
korang pernah tak mengalaminya? tak kiralah persamaan baju ke tudung ke apa2lh yang sewaktu dengannya.
11 Nov 2011
keluargaku
assalamualaikum semua.ini merupakan entri pertama akak.so kalau tak berapa menarik tertarik deboom harap maaflah ye.ini adalah permulaan kisah kehidupan akak.suami akak bernama jamil bin chik.rumah tangga akak sudah berusia 16 tahun.kami dikurniakan 5 cahaya mata.seorang puteri dan 4 orang putera. putri nasuha,alif hakimie,amir asmara,afiq akashah dan akmal helmi.alahamdulillah kami sekeluarga amat bahgia.