17 Mar 2012

hari lahirku


assalamualaikum.
sudah lama rasanya x bceloteh dsini kt blog.syukur alahamdulillah hari ini gelaplah  usia 36 tahun. Allah telah panjangkan usia hingga  sekarang. kepada saudara2 sahabat2 terima kasih tak terkira kerana sudi  memberi ucapan rasa amat tharu pulak. untuk anak2 yg bsusah payah membuat kad ucapan tu ibu rasa happy sangat2 kad tu cantik, ibu suka. insya 'Allah moga2 ada kelapangan bceloteh lg.

9 Feb 2012

Terokai Alam Baru


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu,seolah-olah dunia ini akan kiamat.
Kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.
Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas.Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
Nyawa kita belum sampai tenggorokan. Cuba anda lihat setiap arah ke utara, selatan, timur dan barat.
Lihat setiap inci ruang di keliling anda.
Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.
Mungkin untuk meneroka ke alam yg lebih luas,lebih laju dan lebih maju.
Ingatlah, penamat hidup anda hanya satu, iaitu Malaikatmaut memisahkan nyawa anda dr jasad. Itupun anda masih berharap menunggu untuk diiringi ke satu alam lain iaitu alam akhirat yg luas dan kekal abadi.
Seringkali penghujung jalan yg dianggap penamat, membawa ke jalan baru yg lebih luas.
(solusi)

4 Feb 2012

lahirnya Nabi Muhammad SAW


assalamualaikum semua,  esok adalah hari Maulidur Rasul marilah kita bselawat ke atas Rasulullah.
Nabi Muhammad SAW lahir dari keluarga pembesar dan disegani di kalangan suku kaum Quraisy Makkah. lahir dari Aminah dan seorang ayah bernama Abdullah.
masalah tahun berapa Nabi Muhammad SAW dilahirkan, umumnya tahun gajah (570 masihi) ada yg mengatakan 571 masihi. dan dari berbagai sumber memang berlainan pendapat misalnya Ibnu Abbas ada mengatakan, Baginda SAW lahir tahun gajah tersebut, lainnya tidak ada yg mengatakan 15 tahun setelah peristiwa gajah, ada yg mengatakan  30 tahun kemudian, dan ada yg mengatakan beberapa bulan setelah penyerangan tentera Gajah oleh Abrahah.
juga mengenai bulan umumnya bulan Rabi'ul Awal tanggal 12. ada yg mengatakan bulan Muharram, bukan Safar, bulan Rejab dan ada yg mengatakan bulan Ramadhan. dan menurut pendapat Ibnu Ishaq, tanggal 12 Rabi'ul Awal tahun gajah.

31 Jan 2012

kelebihan seorang perempuan atau wanita



6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa.

10 Jan 2012

syukur alahamdulilah




syukur ke hadrat ilahi .anak kedua akak telah dapat masuk ke sekolah samt kkb (sek ag men tinggi kuala kubu bahru) ibu bharap abang alif suka dengan sek baru tu ek. bukan senang nk masuk sek tu pendek kata budak2 yg tpilih je leh masuk. untuk pengetahuan,sek samt kkb sudah 25 tahun beroperasi. kemudahan sek tu pun semuanya nampak ok. asrama ada gk.setiap sek yg mana  ada kemudahan asrama di utamakan murid2 yg duduk jauh di luar kawasan. macam anak akak memang tak boleh tapi kalau nak gak kena buat rayuan.jadi buat masa ni mungkin tak perlu lagi kot. tapi kalau dfikir elok juga duduk kat asrama ,anak ada gak bising nak tinggal di asrama akak je berat hati nak lepaskan.maklum jelah dia ni manja sikit. akak juga bharap anak akak still kat sek ni.semoga abang alif menjadi seorang insan yang berguna dan soleh, amin.  okla akak bhenti dulu ek so salam.

5 Jan 2012

makanan kegemaran Rasululah SAW




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.(tq ustaz azhar idrus)