9 Feb 2012

Terokai Alam Baru


Dalam ranjau kehidupan kita sering berhadapan dengan jalan buntu,seolah-olah dunia ini akan kiamat.
Kita diasak ke hujung jalan hingga tidak ada ruang untuk menapak walau selangkah.
Kita dihimpit ke dinding hingga tidak ada ruang untuk bernafas.Tapi sebenarnya hidup kita belum berakhir.
Nyawa kita belum sampai tenggorokan. Cuba anda lihat setiap arah ke utara, selatan, timur dan barat.
Lihat setiap inci ruang di keliling anda.
Mesti ada ruang dan peluang untuk meneruskan kehidupan.
Mungkin untuk meneroka ke alam yg lebih luas,lebih laju dan lebih maju.
Ingatlah, penamat hidup anda hanya satu, iaitu Malaikatmaut memisahkan nyawa anda dr jasad. Itupun anda masih berharap menunggu untuk diiringi ke satu alam lain iaitu alam akhirat yg luas dan kekal abadi.
Seringkali penghujung jalan yg dianggap penamat, membawa ke jalan baru yg lebih luas.
(solusi)

4 comments: